Thursday, November 14, 2019

adik ku sayang..

adik..
kadangkala
ku lihat engkau riang
wajah mu secerah rembulan
tuturkata mu lancar
tawa mu bertenaga
geraklaku mu menghiburkan
ketika itu,
aku lah abang..

adik..
di kala yang lain
ku lihat engkau masam
wajahmu umpama awan hitam
tuturkata mu umpama guruh
seram dan geram
alam terasa suram
mentari ada tapi umpama malam
ketika itu aku,
panglima perang..

adik..
aku rasai telah kenal diri mu
namun, ada ketika aku keliru
dan khuatir..
apakah aku sebenarnya
yang belum kenal diri ku..

adik..
aku lah abang
wakil bapa kita yang telah tiada
membawa ceria dan makna
nasihat lewat kata-kata
bukankah kita sekeluarga
entah esok lusa
engkau pergi jua bersama jejaka
dan aku lah abang
ingin melihat
hidup mu bahagia
dalam tenang..

adik..
bukankah hasrat bapa kita
agar kita sekeluarga
berjaya dan bahagia
ibu yang telah tua
lihatlah senyumnya
penuh kasih dan cita..

1 comment:

  1. terima kasih banyak-banyak, sajak yang amat bermakna, penuh puitis...

    terharu... =') hampir menitiskan airmata... tidak banyak yang menarik mengenai saya... hanya insan yang sentiasa membuat kesilapan dan sentiasa ingin memperbaiki kesilapan dan mencari kelemahan diri sendiri...

    orang lain agak susah/memakan masa untuk mengenali diri ini tatkala kawan yang telah lama kenal pun susah untuk mentafsirkan...

    ketawa, duka, riang, gembira, menangis, masam, senyum, marah, sedih, sabar dan pelbagai perasaan dalam diri ini...

    orang lain tidak memahami apa kehendak diri ini kadangkala diri ini mengikut kemahuan manusia yang lain...

    bergaul dengan orang sekeliling, banyak yang dipelajari... mengubah diri dari kepada yang lebih baik...

    doakan saya berjaya di dunia dan diakhirat, menjadi anak solehah kepada mama dan allahyarham abah saya,

    doakan juga saya menjadi muslimah yang sentiasa istiqamah, sentiasa memperbaiki diri dan sentiasa tidak jemu mempelajari ilmu-ilmu Allah yang tidak terhingga dan tidak tercapai akal manusia...

    indahnya hidup ini kerana disinari dan disimbahi cahaya dan hidayah daripadaNya...

    Maha Pengampun dan Maha Penyayang...

    Semoga kita semua dapat mencium dan menjejakkan kaki di syurga firdausi... Amiiinnn...

    kepada Engkau, Ya Allah, kami dikembalikan...

    ReplyDelete