Tuesday, July 9, 2013

ramadan tahun ini

ramadan tahun ini
ku mulai dengan rasa syukur
masih terpilih utk terus bernafas
ini bulan untuk jihad
taqwa bukan murahan
malam qiam dua jam
siang lapar empat belas jam
ah, apa ada pada lapar dan qiam
kalau cuma sebulan
bertahun tidur dalam kenyang
ini masa untuk bersabar
bertahan dan bertekun
malam tadi telah mulai
andai bulan ini berhasil
raya nanti bakal kaya
dengan taqwa iman yg baqa
bukan mudah memujuk diri
sudah bertahun nafsu sebati
rakaat demi rakaat
berjalan di timbunan kasturi
di hujung saf berteleku pak aji
solat duduk sakit kaki
datang jua memaksa hati
sapa tau ramadan ini
yang terakhir ini kali
hati bersungguh hadir
berkata2 kepada diri
bukankah Dia yang dicari
dan Dia kini menanti
hamba yang kini kembali
ramadan tahun ini
sahur dalam iman
buka dalam ihtisab
qiam dalam juhud
rukuk dalam ta'abud
sujud dalam syuhud
tidur dalam kasih
fana dalam rindu
baqa dalam cinta