Monday, February 23, 2009

jihad revisited 2

ruang ini tak pernah sunyi..
jalan ini tak pernah sepi..
lapangan ini tak pernah kering..
mujahid yang tulus dan sabar..
mengalir darah merah dan airmata yang tertumpah..

dia hanya manusia seperti kita..
yang mempunyai sepasang tangan dan kaki..
sepasang mata dan telinga..
lidah dan hati..
cuma mereka itu mempunyai hati yang cinta..
dan jiwa yang rela..
biarpun fakir datang seperti air yang mengalir..

hidup adalah untuk berbakti..
nafas yang sebentar biar bererti..
mati adalah kemenangan hakiki..
kelak di mahsyar yang ngeri..
saksi dan bukti diminta pasti..

lihat di sana sini saudara ku terbaring lesu..
nafas yang begitu berharga tak tertahan oleh kejamnya angkara..
genggaman jari jemari masih utuh tak tergugat oleh kengerian maut..
Iman yang tipis ini tetap dibayar dengan sakitnya mati..
Yaqin yang secebis ini tetap dipertahan dengan darah merah yang tumpah..
Kasih yang hanya umpama setengah debuan yang berterbangan tetap didakap penuh bangga..

biar Tuhan ku bertanya..
hamba Ku apakah kiranya mati mu membawa makna..?

akan ku tunjukkan leher ku yang terkulai..
perut ku yang hancur..
tulang-tulang ku yang berserakan..
akan ku tunjukkan kepada Tuhan ku..
Demi Iman yang tipis ini..
Demi Yaqin yang secebis ini..
Demi Kasih yang umpama setengah debu yangberterbangan ini..
aku telah jual diri dan harta..
aku tumpahkan darah yang merah..
aku relakan anak ku menjadi yatim isteri ku menjadi janda..

selagi kaki ku teguh berdiri di bumi yang menyaksikan..
tangan ku upaya mengibar panji-panji di bawah langit yang memperhatikan..
tak ku rela kuffar-kuffar celaka itu makan kenyang tidur lena di atas tanahair ku..
biar mereka merasakan kengerian maut, kehebatan pedang dan peluru..

aku dan saudara-saudara ku bukan lagi anak-anak dunia..
kami lah putera-putera Islam yang bakal mewarisi syurga..
jihad itu cara hidup kami..
maut adalah mainan kami..
syahid adalah kecintaan kami..

Wednesday, February 18, 2009

cinta sehalus setengah butiran debu

cinta itu umpama api yang membakar..
atau banjir yang mengalir deras..
tiada belenggu tiada batas yang bisa menggalas..

cinta itu bila membakar pasti hati terhangus lalu hapus..
cinta itu bila membadai pasti hati pecah lalu berkecai..
cinta itu tidak membeda malam dan siang, lapar dan kenyang..

kerana cinta itu engkau jadi gila..
orang gila pun mengatakan engkau lebih gila..
kerana hati mu telah hapus dan berkecai oleh api dan badai cinta..

alangkah malunya aku berkata tentang cinta sedangkan aku masih tertawa..
alangkah malunya aku berkata tentang cinta sedangkan aku masih terlena..
alangkah malunya aku berkata tentang cinta sendangkan aku masih terleka..

mungkin cintaku sekadar setengah butiran debu yang berterbangan..
yang berasal dari seketul tanah hitam di pinggir jalan..
aduh!..mengapa aku masih tidak punya airmata yang mampu membasahi..
agar sebutir debu itu juga bisa ditumbuhi rerumputan..

Tuhan ku..
kurniakan lah aku erti..
dengan cinta walau sehalus setengah butiran debu..

Tuhan ku..
nanti bila ku mati..
terimalah cinta yang sehalus setengah butiran debu..
yang dibasahi setitis darah yang gugur di jalan Mu..

Tuhan ku..
nanti di penjuru mahsyar yang ngeri..
biarlah aku membawa cinta yang sehalus setengah butiran debu..
layakkah aku memandang Wajah Mu..?

Tuhan ku..
dengan cinta yang sehalus setengah butiran debu dari seketul tanah hitam di pinggir jalan..
tidak layak memandang mentari dan awan..

Tuhan ku..
cinta ku hanya sehalus setengah butiran debu..
mengapa aku masih tidak punya airmata..?

cinta itu umpama api yang membakar

cinta itu umpama api yang membakar..
sayugia wahai pencinta-pencinta..
jaga lah hati mu..
kerna api cinta itu tidak membakar baju..
bahkan apinya menyambar menusuk ke dada..
dan menghanguskan kalbu..

cinta itu umpama api yang membakar..
betapa ramai penagih cinta yang membiarkan hati terhangus..
hingga malam tiada lagi purnama siang tiada lagi mentari..
tiada lagi air mata yang menitis membasahi..
alangkah! andai ada lagi airmata ini tentu telah banjir bagai lahar yang mengalir..

cinta seketul tanah hitam

cinta itu diperkata bukan dengan lidah..
cinta itu dirasa bukan dengan perasaan..
cinta itu diperkata dan dirasa kerana Yang Dicinta..

walau cinta itu cuma umpama sebutir debu yang berterbangan..
sang pencinta itu hina dan kerdil umpama seketul tanah hitam di pinggir jalan..
diinjak anjing dan kuda..dihujani kotoran dan sampah..
demi cintanya ia memandang ke langit..

apa dayaku aku sekadar seketul tanah hitam di pinggir jalan..
tidak ku harapkan menjadi sebutir mentari yang menghiasi dada langit..
atau awan yang berarak lalu menitiskan air hujan..

hanya cinta ini yang ku harapkan..
panasnya mentari dan dinginnya hujan..
lalu tumbuh rerumput di atas ku menjadi hamparan hijau dan bebunga..

lalu ku hadapkan wajah ku ke langit..
ku harapkan wajahku indah umpama rerumput dan bebunga segar..
namun aku cuma seketul tanah hitam dengan kotoran dan sampah menjadi baja rerumput dan bebunga..

hanya cinta ini yang ku harapkan..
agar diriku tidak terbakar oleh panasnya mentari siang..
tenggelam oleh banjir dan hujan..

bila rerumput dan bebunga memberi erti seketul tanah hitam di pinggir jalan..
masih utuh cintanya bila dia memandang ke langit yang dihiasi mentari dan awan..
kerana Yang DiCinta masih memberi harga walau sekadar menjadi makanan haiwan..

sungguh seketul tanah hitam yang kerdil dan hina tidak punya apa..
tidak punya kata dan rasa untuk memperkata cinta..
hanya Yang DiCinta memberi erti dan harga..

apa ada pada aku 3

yang ada hanyalah kasih..
di sepanjang perjalanan kembali..

itulah cahaya itulah payung..
hanya itulah persembahan untuk Dia..

dengan kasih aku berjalan..
kaki ku luka dan berdarah..

dengan kasih aku melihat..
mata ku luka dan buta..

dengan kasih aku berkata..
lidah ku luka dan bisu..

hanya kasih ku yang tinggal..
berjalan melihat dan berkata..

di sepanjang perjalanan yang ku lalui..
tanpa kaki mata dan lidah..

kerana kasih ku tahu..
Dia bersama dan Dia menanti..

walau aku sebenarnya tiada..
kerna Dia aku rasakan kasih..

kerana Dia..
kerana yang ada hanyalah Dia..

apa ada pada aku 2

tiada itu lah aku..

tiada untuk dilihat didengar disentuh dirasa dicari..
tiada untuk disebut diingat dikenang..
tiada nama tiada rupa..

yang ada hanyalah kasih..
kasih ada kerana Dia..
untuk Dia kerana Dia milik Dia..

bukan untuk aku..
kerna aku itu tiada..
tiada itu lah aku..

yang ada hanyalah kasih..

Tuesday, February 17, 2009

apa ada pada aku 1

aku itu bila ku fikirkan sebenarnya telah tiada
tidak layak untuk mengisi ruang lihat dengar dan bicara

aku itu bila ku kenangkan sebenarnya telah mati
mati dalam persepsi dan bakal mati dalam hakiki

aku itu bila ku renungkan hanya umpama debu antara debu2 yang berterbangan
bahkan debu itu lebih bermakna

aku itu bila ku nilaikan hanya umpama daki di pinggir batu
bahkan daki itu lebih berharga

Allah SWT Maha Pencipta dan perintah2Nya
menjadikan aku
menghidupkan aku
memberi makna kepada aku
memberi harga kepada aku

Supaya dapat ku lihat Dia dengar Dia ingat Dia bicara tentang Dia
lalu aku kembali pada Dia dan menemuiNya

Kerana yang ada hanyalah Dia..

Monday, February 16, 2009

wajah akhirat 2

lihat diri mu di cermin
lihat diri mu di sebalik cermin itu..
itulah diri mu sebenarnya yang kau kenal..

lihatlah ruh mu..
mampukah kau lihat ruh mu..
ruh mu adalah rupa yang dipinjam dari jasad mu..

itulah wajah yang dikenal oleh mereka yang melihat dengan mata kepala..
tapi mungkin bukan sekadar itu wajah mereka kenal dengan mata hati..
mungkin lebih putih kerana mulia akhlaknya atau lebih hitam kerana hina perilakunya..

insan di sisi Allah SWT
punya kedudukan dan punya rupa..
punya kerabat dan punya tempat..


kedudukan mu yang dicapai ketika hidup..
itulah kedudukan mu yang ditemui selepas mati..
bukan rupa bukan harta penentu segala..
hanya hati dan sifat amal..

basuh lah wajah zahir mu dengan air sembahyang..
cuci lah wajah batin mu dengan air mata taubat dan bangun malam..
sinarilah sepanjang jalan mu dengan Iman dan ikhlas..
perkuatkan lah langkah mu dengan jihad yang benar..

pastikan lah tempat terakhir mu dengan syahid fi sabilillah..

Friday, February 6, 2009

wajah akhirat 1

lihat wajah di cermin..
siapa kah itu..?
itulah wajah yang dikenali di dunia..

pejamkan mata ..
lihat lah di cermin..
itulah wajah yang dikenali di akhirat..
yang tidak mampu mata melihat..

wajah akhirat...
itulah hakikat wajah yang sebenar..
itu lah wajah yang bersama buat selama2nya..

hati..
itulah hakikat wajah akhirat..
Allah melihat rupa hati..
dan sifat amal..
tidak melihat muka..
dan berapa banyak harta..

Sunday, February 1, 2009

jihad itu bagai degupan jantung dan nafas kita 2

jihad itu tanda kita bakal terus hidup..
walau mati sentiasa di sisinya..

mujahid itu tidak bakal mati..
walau kematian itu impiannya..

syahid itu sebenarnya tidak pernah mati..
walau jasadnya hancur tidak berupa..
walau jantung dan peparunya telah tiada..

jihad itu bagai degupan jantung dan nafas kita..
mujahid itu adalah kita..
syahid itulah impian kita..
mati itu adalah permulaan kehidupan abadi buat kita..

jihad itu bagai degupan jantung dan nafas kita 1

jantung kita tidak pernah berhenti bekerja..
sejak usia kita 4 bulan dalam rahim ibu..

peparu kita tidak pernah berhenti bekerja..
sejak hari pertama kita ke alam dunia..

jihad itu dengan kita adalah umpama jantung dan peparu..
yang senantiasa bekerja tanpa henti..
selagi kita belum ingin mati..

jihad itu adalah degupan jantung dan nafas kita..
membawa darah yang diperkaya ke seluruh tubuh..
menjadikan ia segar dan hidup..

hari ini..
kita tidak lagi ingin jihad..
kerna tubuh kita sebenarnya telah mati..