Wednesday, February 18, 2009

cinta sehalus setengah butiran debu

cinta itu umpama api yang membakar..
atau banjir yang mengalir deras..
tiada belenggu tiada batas yang bisa menggalas..

cinta itu bila membakar pasti hati terhangus lalu hapus..
cinta itu bila membadai pasti hati pecah lalu berkecai..
cinta itu tidak membeda malam dan siang, lapar dan kenyang..

kerana cinta itu engkau jadi gila..
orang gila pun mengatakan engkau lebih gila..
kerana hati mu telah hapus dan berkecai oleh api dan badai cinta..

alangkah malunya aku berkata tentang cinta sedangkan aku masih tertawa..
alangkah malunya aku berkata tentang cinta sedangkan aku masih terlena..
alangkah malunya aku berkata tentang cinta sendangkan aku masih terleka..

mungkin cintaku sekadar setengah butiran debu yang berterbangan..
yang berasal dari seketul tanah hitam di pinggir jalan..
aduh!..mengapa aku masih tidak punya airmata yang mampu membasahi..
agar sebutir debu itu juga bisa ditumbuhi rerumputan..

Tuhan ku..
kurniakan lah aku erti..
dengan cinta walau sehalus setengah butiran debu..

Tuhan ku..
nanti bila ku mati..
terimalah cinta yang sehalus setengah butiran debu..
yang dibasahi setitis darah yang gugur di jalan Mu..

Tuhan ku..
nanti di penjuru mahsyar yang ngeri..
biarlah aku membawa cinta yang sehalus setengah butiran debu..
layakkah aku memandang Wajah Mu..?

Tuhan ku..
dengan cinta yang sehalus setengah butiran debu dari seketul tanah hitam di pinggir jalan..
tidak layak memandang mentari dan awan..

Tuhan ku..
cinta ku hanya sehalus setengah butiran debu..
mengapa aku masih tidak punya airmata..?

3 comments:

  1. assalammualaikum wbth,

    emm bahasa sastera paling lemah sebab x berapa minat huhuhuhu

    tapi nak memahaminya insyaallah boleh la walaupun kadang-kadang tak berapa faham...

    insyaallah, cinta hambaNya akan diterima oleh Allah SWT...

    May Allah bless you bos...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalaam WW

    Tak minat sastera..? Rugi..rugi..tapi kalau minat sejarah masih kira OK..tapi kalau tak minat dua2 rugi yg amat la..sbb sastera adalah perjalanan jiwa kita sedangkan sejarah adalah rekod perjalanan jasad kita..

    ReplyDelete
  3. sejarah masih minat walaupun x dapat skor dalam subjek sejarah masa sekolah menengah dulu

    tapi masa universiti alhamdulillah skor la gak hehehe

    x tau la sastera mmg kurang sgt nak membaca n memahami insyaalah mudah faham tetapi nak create tu yang payah... jiwa x ada huhuhuhu

    ReplyDelete