Monday, February 16, 2009

wajah akhirat 2

lihat diri mu di cermin
lihat diri mu di sebalik cermin itu..
itulah diri mu sebenarnya yang kau kenal..

lihatlah ruh mu..
mampukah kau lihat ruh mu..
ruh mu adalah rupa yang dipinjam dari jasad mu..

itulah wajah yang dikenal oleh mereka yang melihat dengan mata kepala..
tapi mungkin bukan sekadar itu wajah mereka kenal dengan mata hati..
mungkin lebih putih kerana mulia akhlaknya atau lebih hitam kerana hina perilakunya..

insan di sisi Allah SWT
punya kedudukan dan punya rupa..
punya kerabat dan punya tempat..


kedudukan mu yang dicapai ketika hidup..
itulah kedudukan mu yang ditemui selepas mati..
bukan rupa bukan harta penentu segala..
hanya hati dan sifat amal..

basuh lah wajah zahir mu dengan air sembahyang..
cuci lah wajah batin mu dengan air mata taubat dan bangun malam..
sinarilah sepanjang jalan mu dengan Iman dan ikhlas..
perkuatkan lah langkah mu dengan jihad yang benar..

pastikan lah tempat terakhir mu dengan syahid fi sabilillah..

No comments:

Post a Comment