Wednesday, February 18, 2009

apa ada pada aku 3

yang ada hanyalah kasih..
di sepanjang perjalanan kembali..

itulah cahaya itulah payung..
hanya itulah persembahan untuk Dia..

dengan kasih aku berjalan..
kaki ku luka dan berdarah..

dengan kasih aku melihat..
mata ku luka dan buta..

dengan kasih aku berkata..
lidah ku luka dan bisu..

hanya kasih ku yang tinggal..
berjalan melihat dan berkata..

di sepanjang perjalanan yang ku lalui..
tanpa kaki mata dan lidah..

kerana kasih ku tahu..
Dia bersama dan Dia menanti..

walau aku sebenarnya tiada..
kerna Dia aku rasakan kasih..

kerana Dia..
kerana yang ada hanyalah Dia..

No comments:

Post a Comment