Friday, January 30, 2009

hati ku adalah kekayaan ku 2

hati ku
dia lah raja..

raja itu..
adalah aku..
bukan aku berkata..
hati ku berkata..

hati ku dan aku..
adalah satu..

hati ku..
itulah aku..

namun sebenarnya..

aku telah tiada..
aku telah mati..
aku telah lenyap..

lalu..

Allah menghidupkan hati ku..
menghidupkan aku..

hati ku adalah kekayaan ku..
aku adalah kekayaan ku..

aku kaya..

namun sebenarnya..

aku telah tiada..
aku telah mati..
aku telah lenyap..

lalu..

Allah menghidupkan hati ku..
menghidupkan aku..

kini aku tahu..
Segala suatu adalah hak Allah..

kerana..

Dia yang sebenarnya Maha Hidup..
Dia yang sebenarnya Maha Kaya..

aku telah tiada..
aku telah mati..
aku telah lenyap..

Wednesday, January 21, 2009

hati ku adalah kekayaan ku 1

ruh yang sebati dalam jasad..
menjadi insan yg dikenal dengan rupa dan sifat..
perjalanan hidup terlakar..
di sepanjang jalan itu..
segala sesuatu pasti tercapai senang atau sukar..
milik mu..milikmu jua..
yang bukan..
biarkan dan jangan difikirkan..
tidak akan bertemu..
suatu yang bukan di jalan mu..

hati..
di sana hakikat insan..
amanah dan kurnia besar Tuhan..
singgahsana rebutan..
iman dan setan..

biar seluruh masa berlalu..
dari buai sampai nisan batu..
andai terpelihara hati mu dari nafsu..
fana dalam kasih..
hilang dalam cinta..
baqa dalam Esa..

hidup mengingatiNya..
menjunjung perintahNya..
jihad di jalanNya..

mati kembali kepadaNya..
menemuiNya..
menyaksikan Maha AgungNya..
Maha Indah WajahNya..

andai dalam hidup ini..
hatiku bisa menyaksikanNya..
maka aku ingin..
hidup selamanya..

andai hanya mati..
mataku bisa melihatNya..
mampu bersabarkah aku..

sedang sabar itu perintah Tuhan ku..
dan ia korban yang sungguh besar..
hanya hatiku..harapanku..kekayaanku..
di sana..
Tuhanku melihat diriku..

bila jasad luput tarikh 2

bila jasad luput tarikh..
putus asa segala doktor..
kecewa segala pawang..
hiba anak isteri..
sedih rakan taulan..
bingung sipemiutang..

gembira ulat..
temasya cacing..

berduyun turun..
Izrael dan tenteranya..
malaikat rahmat dengan kafan syurga..
atau..
malaikat azab dan kafan jahanam..

tercatitlah nama di Illiyyiin..
atau sijjiin..

bakal terbentang taman syurga..
atau lubang neraka..

maka beristirahat lah seorang insan dan pejuang..
atau sengsaralah sebuah jiwa..
yg sekian lama alpa dan berdosa..

jasad yg luput tarikh..
ditanam..
dan dilupakan...

Tuesday, January 20, 2009

bila jasad luput tarikh 1

lihat dahi mu di cermin..
kedutan2 itu adalah barcode yg menyimpan rahsia tarikh mati mu..

pelajari lah teknologi yg bisa mencungkil rahasia di dahi manusia..
nescaya mereka lari daripada mu sejauh perginya malam bila terbit mentari..

siapa diri mu yg sebenar..?
apakah sekadar jasad longlai ini...
yg semakin tua dan tidak bermaya..

aku adalah ruh yg datang dari Allah..
yang ditiupkan ke dalam jasad ku lalu ia sebati..
dengan rupa ku yg dikenal di bumi..
sedang rupa ruh ku dikenal di langit..

ruh ku semakin muda dan tampan..
gagah dan bersemangat waja..
di sana ada dunia yg kekal aku akan pergi..
perjalanan yg jauh di bawah kasihNya ku berteduh..

bila jasad luput tarikh...
ketika itu ruh ku berangkat pergi..
baru ku faham maksud barcode di dahi..

Monday, January 19, 2009

langkah bantu palestin 2

sehari semalam 17 rakaat solat fardhu..17 kali fatihah..setiap fatihah kita berdoa mohon hidayah ke jalan yg lurus iaitu jalan yang diikuti oleh para nabi2, siddiqiin, syuhada' dan solihiin..dan mohon dihindarkan dari jalan kaum yang dimurkai ( yahudi ) dan sesat ( nasrani )..

setiap muslim difardhukan solat dan membaca fatihah adalah rukun. maka semestinya kita muhasabah diri apakah kita benar telah mengikuti hidayah ke jalan yang lurus..atau apakah kita telah tersesat..kerana memilih untuk mengikut jalan yahudi dan nasrani..

atau apakah kita tidak pernah tahu dan tidak pernah mengambil berat tentang jalan hidup kita..perbuatan tidak mengambil berat atau tidak memperdulikan hidayah ini merupakan kejahilan..dan natijah kejahilan adalah sesat..malu bertanya sesat jalan..

oleh itu..langkah kedua adalah muhasabah diri dan periksa jalan hidup kita..ikutilah jalan hidup yang lurus..Allah SWT membantu hambaNya yang utama sekali ialah dengan memimpin mereka kepada jalan lurus dan kemudian membantu mereka mengalahkan musuh di jalan tersebut..

Rasulullah SAW meninggalkan dua pimpinan..AlQuran dan Sunnah..keduanya adalah sumber hidayah yg menjaga kita dari sesat..tanpa berpegang teguh dengan keduanya..secara automatik seseorang itu sedang berada dalam landasan sesat..

Friday, January 16, 2009

palestine-2

the bombs..and fire that burns..
are like wild flowers..
from heaven..

they are sent by force..
to heaven..
only that they have paid dearly..

with their blood and limbs..
and wealth..

only if the bombs and fire that burns knew..
they are nothing but wild flowers from heaven..

but alas...

morons know nothing..
the bombs and fire they sent to palestine..
are hellfire that awaits..
to burn them for above and beneath..

Thursday, January 15, 2009

palestine

lets go to palestine..
we can fly..
we can walk on air..
even if there's nothing..
we can march in nothingness..
even nothingness has a lot to offer..
nothing..
o..
..
..
even when there's no one left in palestine..
even when there's nothing left in palestine..
even when " nothing" has left palestine..
we shall march to palestine..
we fly..
we walk on air..
we march in nothingness..

everything starts with nothing and ends up nothing..