Monday, January 19, 2009

langkah bantu palestin 2

sehari semalam 17 rakaat solat fardhu..17 kali fatihah..setiap fatihah kita berdoa mohon hidayah ke jalan yg lurus iaitu jalan yang diikuti oleh para nabi2, siddiqiin, syuhada' dan solihiin..dan mohon dihindarkan dari jalan kaum yang dimurkai ( yahudi ) dan sesat ( nasrani )..

setiap muslim difardhukan solat dan membaca fatihah adalah rukun. maka semestinya kita muhasabah diri apakah kita benar telah mengikuti hidayah ke jalan yang lurus..atau apakah kita telah tersesat..kerana memilih untuk mengikut jalan yahudi dan nasrani..

atau apakah kita tidak pernah tahu dan tidak pernah mengambil berat tentang jalan hidup kita..perbuatan tidak mengambil berat atau tidak memperdulikan hidayah ini merupakan kejahilan..dan natijah kejahilan adalah sesat..malu bertanya sesat jalan..

oleh itu..langkah kedua adalah muhasabah diri dan periksa jalan hidup kita..ikutilah jalan hidup yang lurus..Allah SWT membantu hambaNya yang utama sekali ialah dengan memimpin mereka kepada jalan lurus dan kemudian membantu mereka mengalahkan musuh di jalan tersebut..

Rasulullah SAW meninggalkan dua pimpinan..AlQuran dan Sunnah..keduanya adalah sumber hidayah yg menjaga kita dari sesat..tanpa berpegang teguh dengan keduanya..secara automatik seseorang itu sedang berada dalam landasan sesat..

No comments:

Post a Comment