di suatu petang
seorang hamba Allah
mempunyai sangkaan baik
terhadap Allah
untuk diri ku;
lalu aku beli
sangkaan baik itu
dengan harga murah.
hamba Allah itu
memberi aku
senarai 70 kabaair
dan doa selamat.
rupanya
Allah menilai
harga pembelianku
atas sangkaan baik
seorang hamba Allah kepadaNya;
dengan memberitahu
dosa-dosa ku
agar aku selamat
dari azabNya.
aku bakal untung
andai mengetahui
keburukan diri
lewat lidah musuh;
aku bakal celaka
andai diberitahu
kebaikan diri
lewat lidah teman.
aku bakal bahagia
andai ditimpakan
derita dan sedih
oleh Allah;
aku bakal binasa
andai rasa bahagia dan aman
kerana kehebatan diri
yang datang
lewat perasaan.
Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam....
ReplyDelete"anggaplah diri tidak wujud jangan menguji Allah hanya kerana dua atau satu keping roti "
Abu Yazid Thaifur Bin Isa Al Busthami
manusia selalu tewas
ReplyDeletebila diuji oleh Allah
dengan satu keping roti..
bila dia mengingini
keping roti yang kedua..
ye ke?
ReplyDeletemcm mn tu?
bila ikut nafsu..pakai sifat tamak..
ReplyDeletebila lawan nafsu..guna sifat qanaah..