bukan lembah beracun
yang membunuh
tetapi gunung intan
yang meminta korban
andai kaki mu longlai
usah gagahi gunung itu
jangan mimpi mencapai intan
kalau jiwa mu mamai
usah tangisi nasib mu
kesedihan meracun hidup mu
membelenggu kudrat mu
gunung intan
hanya untuk pejuang
yang enggan tewas
biar mati 1000 kali
urat dawai tulang besi
jiwa raksasa
hati terbang lepas ke arasy
sujud ke Hadirat Ilahi
bawalah kibas syurga
sembelihlah korban
di puncak gunung cinta
darah korban
segar terpancar
runtuh gunung intan
di telapak kaki mu
kau ambil hanya cinta
yang berharga.
kerana cinta Musa alaihisalam berjalan mencari pencipta di lembah yang mulia kerana cinta muhammmad mendambakan keseluruhan jiwanya kerana cinta aku tidak pernah putus asa kerana cinta ingin ku bawa satu cahaya ke arahNYA dan kerana cinta akan ku bimbing tangan...........sampai ke sana
ReplyDeletehati ku terfana di multazam,
ReplyDeletekaabah ku dakap di hijir ismail;
selagi ada tawakkal dan azam,
mendaki langit tidak mustahil.
Andai bisa ku kuasai hatiku
ReplyDeleteTentu akan ku sucikan dengan kasih
Dan ku hiasi dengan cinta
Dalam perjalanan yang jauh dan berliku ini
Aku bawa hati ku yang suci dan indah..
Akan ku persembahkan kepada Kekasih
Moga Dia memenuhkan hatiku dengan KasihNya
Dan kemudian mengembalikan hati itu kepada ku
Biar ku rasai betapa hebat cintaNya
Biarlah hati ku terhangus oleh kasih
Dan mataku buta oleh cinta
Dan darah ku terpencar mengukir namaNya..
( sajak april: ku persembahkan hati ku )
labuhkan cinta kepada manusia kerana Allah
ReplyDeletecinta yang menuju ke jalanNya lebih diredhai dan dilimpahi kasih sayang dariNya
mencari cinta dariNya lebih hakiki dan indah
kerana DIA tidak akan memungkiri janji kepada setiap hamba-hambaNya yang mendambakan cinta kepadaNya
ALLAH tidak pernah mungkir namun yang mungkir jiwa jiwa manusia yang buta yang tidak pernah tenggelam dalam tinta lautanNYA manusia yang leka dan tertawa namun ada hati hati merintih derita meneruskan perjalanan mencari cari zat rahsia yang tersembunyi hati mereka tenggelam mencari tebing cahaya hati mereka terpesona dengan cinta kepadaNYA
ReplyDeleteameennn
ReplyDelete=)