Tuesday, May 12, 2009

suatu hari di atas aspal

suatu hari
aku letakkan di atas aspal
beberapa keping wang besi,
lalu berebut manusia
memuliakannya.

suatu hari yang lain
aku letakkan di atas aspal
hati ku,
manusia tidak sadar
dan memijaknya.

manusia
memuliakan wang besi
kerana nilainya,
dan memijak hati ku
kerana fasadnya.

kini..
aku duduk di atas aspal
dan beberapa keping wang besi,
agar manusia
mengajar aku
mengobat
fasad hati ku.

No comments:

Post a Comment