bertemankan airmata
tanda orang bercinta
memilih ke hutan dari ke kota
tanda orang bercinta
makan tidur sedikit saja
tanda orang bercinta
tawa dan tangisnya sama
tanda orang bercinta
siang puasa malam jaga
tanda orang bercinta
jasadnya sihat hatinya luka
tanda orang bercinta
orang gembira dia berduka
tanda orang bercinta
lidahnya diam hati gelora
tanda orang bercinta
warkah Dia sentiasa di riba
tanda orang bercinta
tidak melihat mendengar melainkan Dia
tanda orang bercinta
matanya membayang rindu Dia
tanda orang bercinta
lidahnya terbakar menyebut Dia
tanda orang bercinta
hati pecah mengingati Dia
tanda orang bercinta
hidup hanya kerana Dia
tanda orang bercinta
tiada yang dikenal hanya Dia
tanda orang bercinta
tiada dikenang hanya Dia
tanda orang bercinta
tiada siapa mengenalinya, hanya Dia
tanda orang bercinta
matinya, kembali kepada Dia
tanda orang bercinta
kegembiraannya, bersama Dia
tanda orang bercinta
sebenarnya telah fana, yang baqa hanya Dia
No comments:
Post a Comment