Wednesday, April 29, 2009

kek dan lilin warna-warni

12.30 pm , 30 april 2009
tetiba neon di kantor terpadam;
menerpa beberapa wajah riang
yang ku kenali,
dengan kek dan lilin warna-warni.

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu..

rupanya hari ini..
adalah esok yang dipercepatkan.

sejak sekian lama,
aku belum pernah,
didatangi wajah-wajah riang,
dengan kek dan lilin warna-warni..

rupanya,
aku semakin tua;
dan mereka meraikan aku di usia tua ini..
setelah mereka melupakan aku,
di kala aku muda dan ria.

kelak,
apabila aku mati;
mungkinkah mereka berpesta..?

AHHH..
memang hidup dunia penuh senda gurau
dan cuma secebis nikmat yang memperdaya.

sejak sekian lama aku rupanya telah terlena,
dan hari ini; dengan kek dan lilin warna-warni,
aku termangu,
lalu terjaga..

7 comments:

  1. syukran jazilla

    xde pun org jemput sekali =(

    x mengapa, sebab musabab hanya Allah yang tahu

    semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki olehNya

    =)

    ReplyDelete
  2. ntah nya..
    surprise tak disangka2..
    Insyaallah lepas balik umrah saya nak wat open table utk kita n kenkawan suma - mass bifday celeb -
    doakan panjang umur murah rezeki berkat hidup..

    ReplyDelete
  3. hehehe

    xpe, saya dah faham dah perangai manusia sebegini

    dunia hanya sementara, kejarlah yang hakiki =)

    alhamdulillah, kelebihan yang Allah bagi, saya gunakan sebaik yang mungkin, psikologi manusia yang tak akan surut segala kerenah...

    segala yang baik tetap dtg dr Allah, segala yang buruk tetap dtg dr DIRI SENDIRI yang khilaf...

    ReplyDelete
  4. hmmmm...
    gitu lah, pewaris darah dato sagor..
    tak pernah mengalah hatta gugur di medan jihad..

    hati ku terfana di multazam,
    kaabah ku dakap di hijr ismail;
    selagi ada tawakkal dan azam,
    mendaki langit tidak mustahil.

    ReplyDelete
  5. ye sangat betul

    nothing impossible kerana semua datang dari DIA

    hanya manusia yang x sedar sahaja mengaku dia berkuasa

    ReplyDelete
  6. opps terlupe lak

    memang saya takkan mengalah jika kebenaran di pihak saya

    Allah sentiasa bersama-sama hambaNya di kala susah dan senang

    cuma, kadang2 manusia ini tidak sedar hanya di kala susah sahaja mengingati Allah, pabila di kala senang angkuh dan sombong

    perkara itu berlaku di sekeliling saya, sama ada sedar atau tidak (ala bos pun tahu gak hehehe)

    doa2kan semuanya baik belaka dan dijauhkan dari fitnah manusia yang semakin berleluasa di zaman semakin maju dan akhir zaman ini

    akhir sekali, saya doakan orang2 tersebut dibuang 'PHD' yang dianugerahkan dalam diri sendiri =)

    maaf jika de kekhilafan dalam diri saya

    =)

    ukhwah fillah abadan abada

    ReplyDelete