12.30 pm , 30 april 2009
tetiba neon di kantor terpadam;
menerpa beberapa wajah riang
yang ku kenali,
dengan kek dan lilin warna-warni.
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu..
rupanya hari ini..
adalah esok yang dipercepatkan.
sejak sekian lama,
aku belum pernah,
didatangi wajah-wajah riang,
dengan kek dan lilin warna-warni..
rupanya,
aku semakin tua;
dan mereka meraikan aku di usia tua ini..
setelah mereka melupakan aku,
di kala aku muda dan ria.
kelak,
apabila aku mati;
mungkinkah mereka berpesta..?
AHHH..
memang hidup dunia penuh senda gurau
dan cuma secebis nikmat yang memperdaya.
sejak sekian lama aku rupanya telah terlena,
dan hari ini; dengan kek dan lilin warna-warni,
aku termangu,
lalu terjaga..
Wednesday, April 29, 2009
Monday, April 27, 2009
bukan segalanya milik kita
dunia ini bukan segalanya milik kita
bahkan, milik Allah,
tiada sekutu bagiNya.
maka kembalikanlah,
kepada Allah;
kerana hanya kepada Dia,
tempat kembali segala sesuatu.
kasih itu umpama bau segar bunga,
di waktu pagi hari,
yang singgah sebentar bersama dingin embun.
sebentar lagi terbit mentari;
bakal hilang haruman itu,
bersama keringnya embun di hujung daun.
maka tenanglah;
kerana pagi esok dia akan kembali lagi,
jika masih ada setia,
engkau akan tetap temui dia.
lepaskan jiwa mu dari belenggu,
kenangan dan impian,
kerna hakikat hidup ini perlukan kita berfikir,
bertindak hari ini lebih bijak dari semalam.
andai engkau bisa terbang,
maka jadilah helang yang tidak berpijak di dahan,
dan tidak terdampar di awan.
jadilah seperti langit,
yang tidak basah oleh hujan,
jadilah seperti cakerawala,
yang tidak calar oleh guruh dan petir.
di bawah naungan arash Ilahi,
and all under heaven,
biar buruk paras rupa,
tanpa nama dan harta,

rahmat Allah itu andai bersama kita,
kita tetap jaya!
Thursday, April 23, 2009
hebatnya manusia
hebatnya manusia
memang dijadikan hebat
sehebat maksud diciptakan
menjadi khalifah di bumi
menegakkan syariat Allah
menghapus kebatilan
memakmurkan dunia dengan keadilan
memang dijadikan hebat
sehebat maksud diciptakan
menjadi khalifah di bumi
menegakkan syariat Allah
menghapus kebatilan
memakmurkan dunia dengan keadilan
hebatnya manusia
confirm ahli syurga
dari lahir hingga aqil baligh
setelah itu ia menempuh jalan kembali
berbekal taqwa di sepanjang hidup
mempastikan saat mautnya muslim
hebatnya manusia
mulia kerana Islam
bukan kerana harta dan rupa
jihad akbarnya menentang nafsu
setetes air mata taubat memadam api neraka
jihad asgharnya menentang kuffar
setetes darah syahid menghapus seluruh dosa
hebatnya manusia
kerdil dan berasal dari tanah
maksud penciptaannya mengatasi seluruh malaikat

lebih dari gunung, langit, mentari, bulan dan bintang
malaikat sujud muliakan Adam
malaikat bersahabat dengan anak cucunya
hebatnya manusia
dari saripati air yang hina
menjadi darah daging tulang belulang
lalu ditinggikan dengan perintah Allah
berkaki ayam melangkah batas bumi
sejauh mata memandang menjangkau pepenjuru langit
syahidnya Saad bin Maadz gementar arasy Illahi
hebatnya manusia
lahir dari tempat yang cela
kerana dia gugur semua dosa ibu
hatinya menanggung Quran yang mulia
jiwanya penuh cinta
makrifatnya melepasi alam semesta
tauhidnya fana segala, baqa Yang Esa

Monday, April 20, 2009
jika hati ingin, maka berusahalah
Kita adalah insan yang setiap saat berhajat kepada Allah, samada kita rasai hajat itu dengan hati dan perasaan atau suatu yang tanpa kita sedari yang kita tak mampu hidup tanpanya. Keperluan hidup ini sebenarnya telah pun disediakan untuk kita dan kita sedang menggunakannya atau mengecapinya, dan ada yang akan kita temui di sepanjang perjalanan hidup kita di dunia.
Jika seseorang itu tidak menginginkan apa-apa lagi kerana pada pendapatnya segala keperluannya telah pun disediakan, maka itu benar. Jika orang lain pula merasakan masih banyak lagi keinginannya yang masih belum tercapai, maka itu pun benar. Ini kerana terdapat beza yang besar antara keperluan dan keinginan. Keinginan adalah perkara yang lebih dari keperluan atau berbeza dari keperluan. Jika keperluan telah disediakan oleh Allah tanpa kita berusaha lebih, keinginan adalah perkara yang perlu diusahakan lebih dari kadar biasa.
Contoh: Seseorang wanita akan kelihatan cantik pada keadaan biasa, tetapi jika ingin kelihatan lebih cantik, maka hendaklah memakai make-up. Make-up, kenalah beli dan pakai dengan cara yang betul.
Contoh: Seorang anak yang dibesarkan di kawasan bendang, akan mewarisi bendang dan hasilnya ialah padi. Jika ingin jadi jurutera, hendaklah tinggalkan bendang dan belajar kejuruteraan di universiti dan bekerja di firma kejuruteraan.

Dalam contoh di atas, kerana ingin; menyebabkan usaha yang lebih diperlukan. Jika tidak ingin, maka cukup sekadar apa yang ada. Oleh itu, manusia di mana-mana sahaja sedang dibebani oleh perasaan ingin yang tidak terbatas, menyebabkan mereka terpaksa bekerja keras untuk memenuhi keinginan itu. Jika anda mempunyai keinginan yang besar, maka anda hendaklah bersedia untuk berusaha lebih kuat dari biasa.
Dalam proses berusaha memperolehi keinginan, terdapat banyak perintah dan larangan dari Allah. Dilarang ( haram ) dari berusaha dengan cara yang haram. Wajib berusaha dengan cara yang halal. Jika keinginan adalah minima, maka kecenderungan untuk terjebak dalam kancah yang haram adalah juga minima. Jika berusaha dengan cara yang haram, maka balasan azab akan diterima di akhirat. Sebaliknya jika menjauhi yang haram dan mencari yang halal, maka dapat ganjaran pahala dan berkah dari Allah.
Adapun, tidak semua keinginan akan berjaya dicapai semata-mata dengan usaha. Jika Allah tidak memperkenankan, nescaya akan gagal. Sebaliknya jika diperkenankan, akan dipermudahkan dan berhasil. Oleh itu, salah satu dari usaha yang perlu dibuat ialah menaruh keyaqinan kepada Allah dan berdoa kepada Dia. Keyaqinan adalah usaha hati, manakala doa adalah usaha lisan. Selain dari itu adalah usaha tulang empat kerat berpandukan akal dan didorong oleh semangat.

Orang yang beriman, usahanya dalam tiga aspek adalah begitu kuat dan jitu; dan peluang berjaya adalah amat cerah Insyaallah. Orang yang tidak beriman, cuma berusaha dalam satu aspek sahaja; peluang gagal adalah 2/3. Tapi, mengapa zahir keadaan hari adalah sebaliknya..? Mengapa orang beriman dilihat tidak begitu berjaya sebanding dengan orang yang tidak beriman..?
Jawapannya mudah. Orang beriman terjamin berjaya di dunia dan akhirat. Sebaliknya orang tidak beriman hanya berpeluang untuk berjaya di dunia sahaja, itupun jika ada bahagian untuknya. Di akhirat, dia adalah penghuni neraka jahannam. Adakah penghuni neraka jahannam lebih berjaya berbanding penghuni syurga yang kekal..? Tentu tidak sekali-kali....Thursday, April 16, 2009
apakah begini dunia mu..?
apakah begini dunia mu
apakah begini dunia mu
yang menjadi jejambat mu ke akhirat..?
apakah begini dunia mu
andai dikau punya kenderaan,
yang menjadi jejambat mu ke akhirat..?
lihatlah..betapa luasnya sungai
betapa deras air mengalir..
mampukah telapak kaki mu
mampukah telapak kaki mu
meniti kepingan papan yang rapuh..?
apakah begini dunia mu
yang menjadi jejambat mu ke akhirat..?
lihatlah betapa dalamnya cenuram
dan batu batan yang tajam
mampukah telapak kaki mu
meniti tali temali yang reput..?
apakah begini dunia mu
yang menjadi jejambat mu ke akhirat..?
lihat betapa sayupnya lembah dilindung awan
mampukah telapak kakimu
menempuh jarak yang jauh
di bawah terik mentari
meredah angin yang kencang..?
lihat lah gejolak api panas membakar
di bawah jejambat rapuh
mampukah kaki mu yang longlai
menapak ke seberang sana..?
aduh! apakah tidak bakal hangus
aduh! apakah tidak bakal hangus
telapak kaki mu, wajah mu, pakaian mu..
yang bisa menyampaikan diri mu ke seberang sana,
menyelamatkan diri mu dari nyala api;
betapa besar pengorbanan,
kan tetap tabah sabar dikau laksana,
berjihad dengan harta dan diri.
suatu petang di stesen bas
suatu petang di stesen bas
ku saksikan suatu hakikat
kemuliaan bukan pada keindahan rupa
atau tumpukan harta
betapa Maha Agung Allah
yang mengurniakan kita
sekeping hati tersimpan rapi
tempatnya taqwa dan kasih
andai berbekas di jiwa mu
rasa belas kasih
dengan beberapa keping kertas
terukir senyum di hatinya
rasa syukur itu untuk Allah
terbit dari hati yang suci
tanpa huruf tanpa suara
kernanya terbuka pintu langit
semangkuk sup daging dan sebuah pengertian
entah mengapa petang ini
kaki ku menjejak di sini
tidak pernah aku terfikir
rupanya rezeki ku di sini
tertulis sejak azali
rezeki teman ku
dan jurujual gerai itu
pada semangkuk sup daging
wahai anak ku..
andai ada bahagian rezeki mu
tersebar pada pepenjuru
langit dan bumi yang jauh
pasti suatu masa nanti
tetap akan disampaikan
oleh Allah kepada mu
namun, jika tiada bahagian mu
pada semangkuk sup daging
nescaya kasih ayah mu
tidak akan mampu
menyampaikannya kepadamu
Wednesday, April 15, 2009
pencinta yang kesiangan
malam tadi ruang sempit itu telah menipu daku
dalam terang neon aku terlena
cuma di atas sekeping tilam usang berselimut gebar lusuh
bagaimana " sampah " itu bisa menipu tubuh ku yang longlai
bukan tak ku sedari Dia menggamitku dalam kesamaran malam
suram sinar rembulan kerna secarik awan kelam
ataukah hitamnya dosa-dosa lampau sebenarnya telah menghijab hatiku
malam tadi, aku telah tertipu dan sebenarnya aku telah berdosa
aku ini cuma sekujur jasad yang tua
sedang hatiku alpa
mungkin sudah tiba waktu aku harus berhenti di sini setakat ini
dunia telah jauh menyesatkan ku, sebelum terlewat aku harus segera kembali
Kekasih
apakah aku masih punyai peluang
untuk merayu menyatakan cinta
aku ini cuma sekujur jasad yang tua sedang hatiku alpa
Kekasih
bulan yang suram telah meninggalkan daku termangu
ingin ku capai tetesan embun dingin namun telah kering bersama mentari
apakah aku masih punya masa
Kekasih
apa pun tetap ku teruskan jalan kembali
biar beribu saksi dosa-dosa ku
hanya beberapa tetes airmata ku harapkan menyapu arang di hati ku
andai bulan telah sirna, masih ku harap agar mentari bisa menyingkap hijab di kalbu
Kekasih
aku ini mungkin belum bergelar pencinta sebenar; maafkan daku..
namun cinta itu tetap masih ku impikan
biar sekujur jasad yang tua ini gugur dan hancur, tulang belulang ku tetap menjadi saksi
Kekasih
sesungguhnya KasihMu seluas cakerawala
tersebar bagai butiran udara segar
selagi aku mampu bernafas, tetap ku rasai kesegarannya
janganlah dikau sempitkan dadaku..
biarlah aku sekujur jasad yang tua ini bisa merasai segar kasihMu hingga nafas terakhirku..
Tuesday, April 14, 2009
tanda orang bercinta
tanda orang bercinta
bertemankan airmata
tanda orang bercinta
memilih ke hutan dari ke kota
tanda orang bercinta
makan tidur sedikit saja
tanda orang bercinta
tawa dan tangisnya sama
tanda orang bercinta
siang puasa malam jaga
tanda orang bercinta
jasadnya sihat hatinya luka
tanda orang bercinta
orang gembira dia berduka
tanda orang bercinta
lidahnya diam hati gelora
tanda orang bercinta
warkah Dia sentiasa di riba
tanda orang bercinta
tidak melihat mendengar melainkan Dia
tanda orang bercinta
matanya membayang rindu Dia
tanda orang bercinta
lidahnya terbakar menyebut Dia
tanda orang bercinta
hati pecah mengingati Dia
tanda orang bercinta
hidup hanya kerana Dia
tanda orang bercinta
tiada yang dikenal hanya Dia
tanda orang bercinta
tiada dikenang hanya Dia
tanda orang bercinta
tiada siapa mengenalinya, hanya Dia
tanda orang bercinta
matinya, kembali kepada Dia
tanda orang bercinta
kegembiraannya, bersama Dia
tanda orang bercinta
sebenarnya telah fana, yang baqa hanya Dia
dimensi sunyi
mengapa..
sesungguhnya aku berada
ku rasakan diri ku
telah menjadi debu halus
sesungguhnya aku berada
tidak ku dengar suara
tidak ku lihat tawa
tidak ku ingat wajah
apakah aku telah tuli ?
apakah aku telah buta ?
apakah aku telah lupa ?
sesungguhnya aku berada
dalam dimensi sunyi
aku tidak bisa
berbicara kepada jasad ku
apakah aku telah beku bersama salju ?
aku tidak mampu
menyapa hatiku
apakah aku terfana bersama angin ?
aku tidak upaya
melihat jiwa ku
apakah aku hilang bersama malam ?
sesungguhnya aku berada
dalam dimensi sunyi
ku rasakan diri ku
telah menjadi debu halus
yang hanyut di cakerawala
tidak disapa bulan
tidak ditanya bintang
tidak dihirau mentari
tidak lagi ku rasakan
dinginnya malam
panasnya siang
sesungguhnya aku berada
dalam dimensi sunyi
hanya Tuhan
yang Maha Melihat
debu halus yang hanyut di cakerawala
terdampar dalam dimensi sunyi
di dasar hati ku
Friday, April 10, 2009
warna-warna kehidupan
kehidupan dunia ini umpama warna-warna yang berterbangan
dan kita dilahirkan umpama kain putih
warnailah hidupmu dengan warna-warna yang cantik dan indah
andai kau pilih warna hidupmu bagai pelangi
begitu cantik dan indah di pandangan mata
namun, selamanya tidak dapat dicapai jari
andai kau pilih warna hidupmu umpama hitamnya malam
maka seumur hidupmu dihantui kegelapan dan ketakutan
hatimu dibelenggu lena dan mimpi ngeri yang berpanjangan
andai kau pilih warna hidupmu umpama kemilau sinar mentari
panasnya membakar dan di rembang petang ia hilang
sinarnya menyilau mata, meninggalkan bebayang dan fatamorgana
temanku,
izinkan aku mencadangkan kepadamu
jadikan lah warna hidupmu itu semua dalam satu
mentari dan sinarnya di waktu siang
rembulan dengan nur nya di waktu malam
indahnya flora dan fauna memberi kegembiraan
syahdunya nur rembulan memberi ketenangan
hitamnya gelap malam memberi kerehatan
temanku,
warna-warna kehidupan memberi refleksi di hatimu
andai kau gunakan siang dan malam mu dalam taat
maka cemerlang bercahaya lah hati mu
andai kau habiskan masa mu dalam maksiat
maka hitam legamlah jiwa mu..
Seri Malaysia Mersing

Ku Persembahkan Hatiku
Sejak dulu hingga kini
Aku masih mencari-cari
Makna di hati ku
Begitu sukarnya
Untuk ku tembusi benteng hati ku sendiri
Dan menemui rahasianya..
Andai bisa ku kuasai hatiku
Tentu akan ku sucikan dengan kasih
Dan ku hiasi dengan cinta
Dalam perjalanan yang jauh dan berliku ini
Aku bawa hati ku yang suci dan indah..
Akan ku persembahkan kepada Kekasih
Moga Dia memenuhkan hatiku dengan KasihNya
Dan kemudian mengembalikan hati itu kepada ku
Biar ku rasai betapa hebat cintaNya
Biarlah hati ku terhangus oleh kasih
Dan mataku buta oleh cinta
Dan darah ku terpencar mengukir namaNya..

Berilah hati ku sedikit kasih
Tahun ini aku semakin tua di dunia
Tidak pernah ku kira bulan dan hari
Tidak pernah ku terfikir jam, minit dan saat
Betapa sejak 45 tahun
aku masih melihat, mendengar dan berkata
jantung ku masih berdegup nadi ku berdenyut
dan kini, aku masih merasakan udara segar laut china
dan lazatnya gulai ikan dan sayur tumis kangkung
dan manisnya sirap segar yang merah..
sesungguhnya semua ini bakal berakhir juga
di suatu saat yang amat menggetarkan jiwa
dalam paksa rela kakiku terus melangkah ke tempat itu,
tempat terakhir nafasku..
mungkin, aku harus berhenti di sini
untuk mulai menghitung saat2 yang berlalu sia-sia
dan mulai membayar pada sisa-sisa usia yang entah sampai bila..
Oh Tuhan..berilah aku kesempatan
Untuk memperkira mata, telinga dan lidahku
Jantung, peparu dan perutku
Tangan, kaki dan jari jemari ku..
Dengan beberapa tetes keringat dan air mata
Di usia yang hampir berakhir
Dengan jasad yang mulai longlai ini..
Oh Tuhan..berilah padaku sekedar harapan
Agar dapat ku rasakan sedikit kasih di hati ku yang sunyi
Biarlah kasih ku itu menjadi lampu yang menyuluh jalan ku
Dan api yang menghangatkan ku..
Dan teman yang menghiburkan ku..
Kelak jasad ku yang longlai ini ku tinggalkan jua
Dan Cuma hati ini dengan sedikit kasih yang ku harapkan..
Agar Dikau tidak mempersiakan..

Bangsaku Tiada Di hati
Hari ini
Setelah 28 tahun
Aku pelajari semula bahasa ku
Hari ini
Setelah 28 tahun
Baru ku sedari bahasa ku tiada di hatiku
Sejak sekian lama
Bahasa ku cuma sekedar lewat lidah ku
Setelah singgah seketika di akal ku
Hari ini
Setelah 28 tahun
Baru ku sedari jati diri bangsaku cuma sekedar berdiri di akal dan lidah
Tapi tiada di hati.

Indahnya Bumi Mersing
Indahnya bumi Mersing
Masjid dan menara di puncak hening
Kampung halaman Pak Malau
Pantai, laut dan pulau-pulau
Di tepian pantai dan terumbu karang
Ikan gelama dan kerapu menjadi rezeki nelayan
Feri hilir mudik Sungai Mersing yang cetek
Dari Tioman dan Aur berulang alik
Betapa indah bumi ini diciptakan
Rezeki mengalir dari darat dan lautan
Tempat mengingati Allah Yang Rahman
Lebih indah syurga untuk orang beriman
Harapan hidup bukan sekadar di sini
Hidup akhirat lebih baik dan abadi
Dunia tempat berusaha dan beramal
Mengingat dan mempersiap bekal mati, itu tanda orang berakal.

Subscribe to:
Posts (Atom)