Tuesday, March 31, 2009

Teman ku lihat di sekeliling mu..

Temanku, jika kau lihat manusia di sekeliling mu..
berjalan berlari ke sana kemari bersama jasad mereka..
pernah kah kau terfikir dan terusik keinginan mu..
bagaimana kah hal ruh mereka bagaimana di mana ia berada..

manusia berjalan berlari kerana memburu urusan keinginan hidup..
samada tuntutan akal maupun runtunan nafsu sendiri yang tahu..
segala pengorbanan susah payah semuanya sanggup..
tidak dipaksa diperintah dalam hati sendiri yang mahu..

mereka tertawa gembira bersedih menangis..
mereka berkawan berkeluarga berkampung bernegara..
tahukah mereka entah bila rezeki di dunia bakal habis..
maut menjemput keseorangan dalam kubur membawa jiwa yang lara..

Temanku, dalam hidup ini modal terbesar kita adalah masa..
kesempatan kita selagi jasad masih bersama nyawa..
jangan hidup yang fana alpa dan lalai diri bergelumang dosa..
apa guna umur yang panjang kalau mati hati kecewa..

Demi masa, sesungguhnya insan sentiasa dalam kerugian..
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,
dan berwasiat kepada perkara yang haq dan kepada kesabaran..
kepada mereka ini Allah SWT menumpahkan kaseh..

bukan kah mata kita sentiasa menipu..
orang yang tidak beriman hidup aman makmur senang lenang..
untuk menyebut nama ALLAH pun mereka tak mampu..
apa lagi untuk berzakat berpuasa dan sembahyang..

sebenarnya hidup ini hanyalah pinjaman..
jasad kita bukan milik kita tetapi hanya tunggangan,
sedarkah dikau setiap saat kita sentiasa ada punya teman..
di kanan di kiri malaikat pencatit, di belakang iblis, di hadapan Perintah Tuhan..

Temanku, hidup kita akan gumbira andai kita diberkati..
mati kita akan tenang andai kita dirahmati..
dunia adalah warisan kita generasi demi generasi..
syurga adalah tempat akhir kita hidup bahagia kekal abadi..

janganlah gemerlapan harta dan hiburan menipu diri mu..
sesungguhnya hidup dunia hanyalah permainan senda gurauan..
kehidupan akhirat lebih baik andai taqwa ada di hati mu..
nikmat syurga yang berkekalan adalah impian mereka yang hidup berwawasan..

No comments:

Post a Comment