Wednesday, March 11, 2009

hancurnya suatu bangsa

setiap bangsa akan memperoleh tamaddun hebat dan agung dirasai setiap peribumi..
menjadi kemegahan kekayaan dan gaya hidup diwarisi generasi demi generasi..
monumen, batu bersurat , artifak-artifak jadi bukti di sini dahulu pernah berdiri satu negeri..
demikian keadilan Ilahi untuk hambaNya agar mereka insaf hakikat hidup abadi..

di negeri ini dulu ada raja-raja dan para hartawan..
tentera yang gagah dan gedung harta emas perak intan berlian....
ladang dan taman saujana memandang ternakan dan buah-buahan..
saudagar dan dagangan sarat muatan di darat dan lautan..

di sini ada istana dan mahligai dengan kubah dan menara kota..
deretan kilang gudang, kedai-kedai dan pasar-pasar..
rumah-rumah dan taman-taman permainan yang permai..
jalan-jalan besar tali air dan sungai-sungai mengalir..

di pepenjuru kota nan mewah ada juga pengemis di hujung kolong di bawah jambatan..
saban hari mengharap sedikit ehsan di kaki kuda sang hartawan..
sekeping dua wang dirham buat pengubat lapar dahaga tidak keruan..
namun hartawan dan jutawan kedekut sekeping dirham sebesar pintu gerbang..

di hujung malam di kelab-kelab dangdut milik tuan tanah kedawung..
ada penari-penari bogel dan cangkir-cangkir berbau hanyir..
beberapa lelaki yang buta mata dan hati kerana gila manis dan lazatnya dunia..
lupa Tuhan lalu Dia menjadikan mereka lupa diri tak tau diuntung..

firaun di atas takhta perintahnya bermaksud dekri hidup mati..
kronisme kolusi korupsi nepotisme merayap umpama anai-anai makan tiang seri..
politikus umpama tikus-tikus meratah harta rakyat miskin yang menanti..
peniaga tamak dan serakah dalam senyum dan ramah mencekik dan menipu kanan dan kiri..

teruna dara bermanja-manja di tepian taman dan tempat hiburan..
melupakan solat dan adap sopan ketimuran ketagih heroin ectasy dan kencing setan..
cinta dan kasih katanya perlu dibuktikan dengan kata dan perlakuan..
zina di bawah pohon-pohon di hujung malam, esok pagi bayi-bayi di lahirkan di tandas awam..

masjid -masjid megah menjulang bak kristal bersinar dipanah cahaya mentari..
harga berjuta dinar habis wang dari pelbagai hasil cukai entah dari mana tak siapa peduli..
tika rembang siang cuma beberapa pelancung asing menyapa imam dan bilal yang makan gaji..
di mana makmumnya..? ohhh sekarang ada di padang bola di kedai mamak tengok gusti..

ustaz dan lebai sana sini cari makan mengajar ngaji mencari rezeki..
ceramah bebas ala kadar suam2 kuku di selang seli jenaka dan tawa geli hati..
kepit kitab celak ketiak..ketiak bau kitab kitab bau ketiak ntah apa makna kurang mengerti..
janji wang masyuk cukup bulan bayar rumah bayar kereta anak bini nak makan kfc..
fasya' mungkar tutup mata jaga periuk nasi takut dapur tak berasap anak bini cabut lari..

lalu datang jiwa yang ikhlas memberi peringatan dari Allah kerana Allah..
kepada raja dan dato menteri, peniaga, petani dan muda mudi..
kembali lah bertaqwa lah kepada Allah , peganglah Quraan dan Sunnah Nabi..
teguhkan iman, dirikan solat, bayar zakat, makmurkan masjid, tuntutlah ilmu bersihkan hati..
tinggalkah kezaliman, kejahilan, KKKN, rasuah, skinhead, punk, gothic, pengkid entah apa lagi..

apabila hati yang keras dan sombong dengan besarnya kuasa dan limpahan harta..
mencantas dan menghina, mencibir dan menyingkir..
apabila jiwa yang jahil dan gersang dari iman dan adap sopan, dengan takbur mencabar Tuhan..
kononnya hidup bebas tidak bertuhan tidak sadar jadi hamba iblis dan setan..
apabila haq dan batil jadi pemanis di bibir para penjaja cerita yang menjual akhirat untuk dunia..
maka fitnah tersebar umpama banjir mentari siang telah sirna oleh gerhana..

ketika jiwa-jiwa yang alpa ketawa riang makan minum bersuka ria..
lautan mengirim warkah maut tsunami melanda menghancur dan ratusan ribu jasad hanyut..
ketika hati-hati yang leka bergurau senda bersorai sorai alunan muzik di malam pesta..
gunung memuntahkan lahar besi dan batu cair merah menyala menghempas membakar segala.. malaikat maut dengan ribuan tenteranya mencantas jiwa-jiwa dari jasad yang celaka..

hancurlah suatu bangsa yang jadi hamba dunia kerana sesungguhnya mereka pasti hancur..
bukankah segala sesuatu pasti binasa kecuali Wajah Allah..?
maka berpegang teguhlah kamu wahai bangsaku dengan tali Allah jangan bercerai berai..
sebelum azab didatangkan sedang kamu berputus asa maka kembali dan berserahlah..
bertaqwalah dan carilah jalan menuju kepadaNya..berjihadlah di jalanNya moga kamu berjaya..
wahai manusia! carilah jalan kepadaNya dan jalanilah jalan itu kelak kamu akan menemui Dia..

No comments:

Post a Comment