Tuesday, March 10, 2009

dunia yang jelek 1

dunia itu mengujakan dan mengghairahkan pada mulanya..
akhirnya ia membosankan dan memualkan..

dunia itu jinak , wangi dan indah pada mulanya..
akhirnya ia menjadi keji , busuk dan hodoh..

dunia itu lazat, lemak dan manis pada mulanya..
akhirnya ia menjadi racun yang membunuh..

dunia itu menghiburkan dan menimbulkan inspirasi pada mulanya..
akhirnya jika dilayan ia melekakan dan melalaikan..

dunia itu menjanjikan segala kekayaan pada mulanya..
akhirnya di depan mata segala sesuatu pindah ke tangan orang lain..

dunia itu menyokong dan menyanjung tinggi pada mulanya..
akhirnya ia menghumban di dalam tempat najis..

dunia itu memberikan segala kebebasan pada mulanya..
akhirnya ia membelenggu dan memenjara..

dunia itu mengagungkan umpama raja pada mulanya..
akhirnya ia menghina dan memperhamba..

dunia itu umpama kekasih yang penuh cinta pada mulanya..
akhirnya ia memperdaya dan curang di depan mata..

dunia itu akrab dan setia bagai teman sejati pada mulanya..
akhirnya ia menipu dan menjual diri kita kepada musuh..

dunia itu mengambil berat bagai tempat mengadu pada mulanya..
akhirnya ia memfitnah dan mengumpat di belakang..

dunia itu kuat dan teguh seperti dahan tempat bergantung pada mulanya..
akhirnya ia menjerat leher mu dengan tali gantung..

dunia itu sopan santun dan lemah lembut pada mulanya..
akhirnya ia menjadi jahat dan kurang ajar..

oleh itu ikat lah dunia mu, kendalikan dan jinakkan dia..
pijak lah dia, sebat lah dia, jadikan dia kuda tunggangan mu..
letakkan dia di bawah punggung mu..
jika dia enggan dan berontak juga setelah itu..
sembelih lah lehernya dan makan lah dagingnya..

2 comments:

  1. assalammualaikum wbth,

    dunia hanyalah persinggahan sementara sahaja
    bila-bila masa sahaja akan musnah dalam sekelip mata sahaja

    akhirat dan syurga yang kekal untuk selamanya

    kejarlah akhirat untuk mendapatkan syurga Allah
    walaupun terasa diri ini tidak layak untuk memasuki syurgaNya, hanya DIA yang Maha Mengetahui segalanya dan menetapkan sesuatu jalan untuk hamba-hambaNya

    sebagai umat Islam hanya dapat ganjaran daripadaNya dengan mengikut Al-Quran dan Sunnah.

    =)

    may Allah bless you bos...

    ReplyDelete
  2. ukhti al habib Ira,

    sesiapa ingin syurga akhirat mestilah menampah tempat duduknya di dunia ini semasa dia masih bernafas..

    semailah perasaan cinta pada masjid dan pautkan hati untuk iktikaf lama di masjid dan solat berjamaah di masjid dan makmurkan masjid dengan melazimi majlis-majlis ilmu dan majlis zikrullah..kerana masjid dan majlis zikrullah adalah taman2 syurga di dunia..

    ReplyDelete