Tuesday, February 17, 2009

apa ada pada aku 1

aku itu bila ku fikirkan sebenarnya telah tiada
tidak layak untuk mengisi ruang lihat dengar dan bicara

aku itu bila ku kenangkan sebenarnya telah mati
mati dalam persepsi dan bakal mati dalam hakiki

aku itu bila ku renungkan hanya umpama debu antara debu2 yang berterbangan
bahkan debu itu lebih bermakna

aku itu bila ku nilaikan hanya umpama daki di pinggir batu
bahkan daki itu lebih berharga

Allah SWT Maha Pencipta dan perintah2Nya
menjadikan aku
menghidupkan aku
memberi makna kepada aku
memberi harga kepada aku

Supaya dapat ku lihat Dia dengar Dia ingat Dia bicara tentang Dia
lalu aku kembali pada Dia dan menemuiNya

Kerana yang ada hanyalah Dia..

3 comments:

  1. Marvellous hj z! hanya orang yang betul-betul memahami sahaja yang faham apa maksud yang tersirat dan tersurat...
    Berdoa kepada Allah agar kita sebagai umat Islam mati didalam husnul khotimah dan keimanan kepadaNya...
    Aminnn

    ReplyDelete
  2. mavlos tu utk org yg minum milo jer..
    Its mavlos what milo can do for you!!
    milo..produk yahudi..so..hentikan minum milo..thats what mavlos all about..

    apapun, MATI adalah suatu perkara yg AMAT PENTING utk manusia yg perlu SENTIASA DIBICARA DAN DIINGATI..

    jika manusia faham erti mati..maka mereka pasti ingin supaya segera mati..namun mati telah ditetapkan bila dan di mana..

    mati pada fahaman umum adalah keadaan jasad yg tidak berfungsi kerana ketiadaan ruh..sedangkan huraian tentang mati secara hakiki adalah LEBIH LUAS DARI HURAIAN TENTANG HIDUP yg difahami umum..

    nantilah bila ada masa dan ruang bicara kita boleh sembang topik ni..hehe

    ReplyDelete
  3. hehehe mavlos dan marvellous lain tuh hj z hehehehe nak sebut je dah lain pe tah lagi maksudnye hehehe

    Insyaallah, kita akan berbicara lagi jika ada masa...

    ReplyDelete