Wednesday, July 22, 2009

muniyatul musolli

Segala puji bagi Allah SWT
Tuhan sekalian alam,
Tuhan yang menjadikan
solat lima waktu
jalan bagi sekalian muttaqiin.

Tuhan yang menjadikan
di dalam solat itu
sejuk mata hati
penghulu segala mursalin,
Muhammad SAW
dengan musyahadah akan Tuhan
dalam solatnya.

Dan menjadikan solat itu
satu rukun dari rukun agama
dan menjadikan padanya
lazat manis khidmat
solat yang menempati syurga
yang disegerakan di dunia
bagi segala hambaNya yang muhibbin.

Dan tempat galian segala rahsia
daripada tajalli Allah SWT
bagi orang yang asyik;
rindu mereka akan mahbubnya;
iaitu Allah SWT.

Segala puji bagi Allah SWT
yang telah menjadikan kita
sebaik2 makhluk,
meletakkan kita di sebaik2 tempat,
memerintahkan kita sebaik2 perintah,
mengurniakan kita sebaik2 kurniaan.

Ya Allah, pautkan hati ku di rumahMu
terbitkan rinduku dalam qiam,
ruku' dan sujud kepadaMu,
terlerai kasihku menyebut NamaMu,
fana diriku menyaksikan KeagunganMu.

Hingga tidak lagi aku mampu
melangkah pergi,
melainkan dengan zikirMu
dan setiap saat ku menanti
seruan dariMu.

Labbaik..
ku datang lagi dan lagi
dengan jasadku
sedang jiwa dan hatiku
tidak pernah berpaling dari Mu.

No comments:

Post a Comment