Sunday, July 5, 2009

bangunlah dan berjuanglah

Biar berapa kali engkau jatuh
terseliuh, benjol dan patah
jangan sesekali engkau mengeluh
kecewa dan putus asa..
engkau terjatuh
kerana engkau berjalan
berlari dan melompat..
engkau tidak ingin
menjadi bongkah batu
atau batang kayu
yang kaku dan mati..
perjalanan mu masih jauh
berjalanlah, berlarilah, melompatlah..
kau merentasi ruang dan masa
merentangi keinginan dengan usaha
melampaui zaman dan budaya
memerangi gejolak nafsu dan hawa..
biar terseliuh, benjol dan patah
menjadi tanda dan bukti
kau punya jatidiri..
nenek moyang kita dulu
mengukur dada langit
menjelajah batas bumi
menduga dalamnya laut
tiada tiap inci tanah dan air di bawah mentari
yang tidak ditinggikan padanya
kalimah Tauhid
Laailaha illallah
hingga akhirnya
jasad mereka rebah
bersama tetes darah merah
di hujung2 dunia..

2 comments:

  1. berjuang tetap berjuang...

    semangat perlu kental untuk menghadapi musibah yang melanda...

    muhasabah diri sentiasa kerana Allah Maha Mengetahui di atas setiap apa yang berlaku...

    ReplyDelete
  2. sentiasa bersangka baik dgn Allah...

    Allah takkan biarkan kita melalui dugaan bersendirian..=)

    ReplyDelete