Monday, June 15, 2009

oleh-oleh untuk tersayang

berapa ramai manusia
membawa kapak
membelah dada
merobek hati
di pinggiran sumur zam-zam
membasuh darah hitam yg kental
agar Allah redha menitipkan nur padanya..
untuk dibawa pulang
sebagai oleh-oleh
buat tersayang..

bapa ku pulang
dengan Islam, Iman dan Ihsan
semerbak..
wangian oud dari kaabah
bingkisan kasih dari Tuhan
Quran dan Sunnah Rasul Pilihan.

ibu ku pulang
dengan hidayah..
mencurah bagai hujan yang jarang
membanjiri lembah tandus ini
sepanjang 13 tahun pertama
hingga syahid
yassir dan sumayyah..

di hari kemenangan besar
124 ribu menjadi saksi di bumi
lebih ramai lagi menjadi saksi di langit
apabila berhala-berhala dipecahkan
dan bilal..
bukan kerana hitamnya
telah azan di atas kaabah..

3 comments:

  1. Ya Allah, aku hamba yang dagang...hanya mencari sinarMu...Bimbinglah hamba2Mu yang hanya mengharapkan cintaMu.

    ReplyDelete
  2. cinta..
    subur disirami darah dan airmata..

    ReplyDelete