Wednesday, December 15, 2010

Jika aku punya cita-cita

Jika aku punya cita-cita
tentulah aku mahu kaya
dan ternama
dan keluarga bahagia
dan sihat sentiasa
dan hidup lama
dan ahli syorga

Cita-cita minta korban
hati luka
jiwa sengsara
keringat dan kederat
tulang empat kerat
masa yang terhad
maut mendekat

Jika aku diberi peluang
capai segala impian
mana aku utamakan
dunia yang singkat
akhirat yang selamat
semua minta masa
semua minta nyawa

Aku hidup sudah lama
serba sederhana
daya usaha tak seberapa
syukur kepadaNya
kurnia Yang Maha Esa

Aku masih mencari
bukti dan saksi
jasa dan bakti
menyuci noda di hati
di usia yang baki
sepanjang jalan kembali

No comments:

Post a Comment