Wednesday, December 8, 2010

apa yang engkau bawa..?

saban hari
orang meninggal
semua orang tahu
semua orang nampak
pertama ditinggal; jasad
dan dunia yang material
apa yang dibawa ?
entah tak siapa tahu..
siapa yang membawa?
entah tak siapa nampak..
ruh yang pergi..
tidak membawa apa-apa
cuma amal perbuatan
dihantar terlebih dahulu
hasilnya bakal menanti
di pintu kuburan
menyenangi atau menyakiti
di ruang yang sempit
hingga hari Qiamat
wahai saudara..
kenalilah ruh
dirimu yang hakiki
yang bakal kembali
menuju hidup abadi
sesudah datang mati
siapa yang mati?
ruh merasai sakitnya
jasad yang binasa
sesudah tamat umurnya
celaka atau bahagia
pilihan semasa di dunia
apa yang engkau takut?
malaikat maut..?
manusia takut dosa-dosa
berupa ular dan kala
atau bara neraka
di dasar liang sengsara
ingat wahai teman...
kubur adalah taman bunga
dan udara nyaman
dan permaisuri rupawan
berehat dan bersenang2
hantarlah jambangan
amal baik dan jasa bakti
ubudiah yang sejati
tulus dan suci
hanya untuk Rabbul Izzati

4 comments:

  1. assalammualaikum wbth,

    apa yang akan aku bawa?
    tepuk diri, tanya diri sendiri...
    duduk termenung seketika
    merenung setiap ujian yang Allah menimpa kepada hamba-hambaNya...
    merenung kehidupan yang telah dilalui

    bermula rahim ibu sehingga saat ini
    apakah tujuan kita untuk hidup?
    dan apakah akan aku dan engkau akan bawa?
    sehingga kita akan berjumpa lagi dengan mahabbahNya
    bukan didunia tetapi tempat yang abadi...
    indah tidak terucap dengan kata-kata
    mulia, semulia-mulianya untuk Allah
    cantik yang akan kekal abadi di sana...

    moga setiap amalan kita diterima Allah dengan penuh keredhaanNya untuk mendapat syurga nan abadi...
    hanya ikhlas sahaja Allah boleh menilai manusia itu, bukan manusia sesama manusia...
    moga Allah berikan keikhlasan dalam setiap apa jua yang dilakukan oleh hamba-hamabNya,
    aku bukan ingin menerima balasan setiap yang telah diberikan kepada orang kerana pertolongan
    aku hanya ingin keredhaan dari yang Maha Mulia...

    ReplyDelete
  2. lepaskan tanganmu dari dunia dan kosongkan hatimu dari cita-cita..di situlah engkau semai benih keikhlasan..

    ReplyDelete
  3. tidak boleh kosongkan hati dari cita-cita...
    melalui dari hati datangnya cita-cita untuk mengejar akhirat....

    jika kita kosongkan hati dari cita-cita, maka hidup ini tidak bermatlamat tanpa arah tujuan...
    hilang arah tuju sebenar dalam kehidupan yang sebenar dan mengejar yang abadi...

    ReplyDelete
  4. cita-cita itu menyebabkan engkau sentiasa mengejar cita-citamu dan bertanya apa yg engkau perolehi dan lupa bertanya apa yg engkau beri..dan jika bertanya apa yg engkau beri lalu bertanya pula apa yg engkau dapati dari pemberian itu..sehingga maut datang lalu engkau kecewa bila tiada bahagianmu di akhirat kerana segala yg engkau cita-citakan telah dipenuhi di dunia..

    ReplyDelete