Wednesday, March 31, 2010

aku sekadar mengingatkan diriku-1

assalamu'alaikum wahai saudaraku seluruh umat Islam
apa khabar? moga sejahtera luar dan dalam
apakah hari ini engkau lebih baik dari semalam
berteguhlah dalam iman, nasib mu tak tenggelam

aku di sini bukan contoh terbaik untuk kalian
cuma insan biasa penuh dosa musafir di jalan
hidup bukan hiburan tapi ikhtiar cari bekalan
malaikatmaut datang anak isteri harta ditinggalkan

makan dan pakai adalah kerisauan kita sejak dulu
dari muda sampai tua mengapa terus terlajak melulu
cari wang halal haram melintang patah membujur lalu
badan longlai jiwa lara tua kerepot masih tak tau malu

anak kita sudah besar mereka mau jadi macam kita
hidup senang mewah glamer dan banyak harta
mereka tak sedar kerana anak kita bersengkang mata
malang mereka tak faham, cinta dunia jiwa jadi buta

hidup ini tak kekal setiap yang hidup pasti akan mati
jasad akan tua dan mati ruh kembali ke alam yang pasti
hanya iman dan amal soleh jadi harapan di akhirat nanti
harta dan anak ditinggalkan pangkat dan nama tidak bererti

Maha Kasih Allah kepada kita diturunkan Quran yang mulia
buat panduan hidup agar terpimpin dan sejahtera
hidup dunia jadi mulia kembali ke akhirat masuk syurga
hidup hatimu dengan nur Quran rahmat Allah menaungi sentiasa.

2 comments:

  1. Assalammualaikum wbth,
    "Maha Kasih Allah kepada kita diturunkan Quran yang mulia
    buat panduan hidup agar terpimpin dan sejahtera
    hidup dunia jadi mulia kembali ke akhirat masuk syurga
    hidup hatimu dengan nur Quran rahmat Allah menaungi sentiasa"

    Hidup ini hanya persinggahan sahaja...
    Kejar dunia untuk akhirat...

    Terima kasih, sangat berguna, peringatan untuk diri juga... yang sentiasa terlupa...

    syukran...

    ReplyDelete
  2. w'salam ww,

    sekadar ingatan buat diriku..

    ReplyDelete