Monday, August 3, 2009

dunia yang tak pernah bosan

entah mengapa
malas rasanya berkarya
mungkin ilham yang kontang
atau rasa yang gersang
atau rutin hidup yang bosan?

wahai diri..
selagi engkau mengaku manusia
bosan itu adalah ucapan dunia
sedang di syorga segalanya sentiasa berubah
dan engkau sentiasa tertanya-tanya
nikmat apakah selepas ini
sedang nikmat semalam masih terasa
dan engkau sadar setelah 40 tahun
dan di hadapan mu ada 70 ribu bidadari
ah! andai mereka tahu kerana apa
aku perolehi keampunan dan kemuliaan ini..

atau..
siksa apakah selepas ini
sedang azab dahulu masih berbisa
dan aku telah merana sejak seribu tahun
ah! andai aku bisa kembali buat sesaat..
ah! andai aku tidak mengikuti syaitan terkutuk..

hari-hari ini bagaikan mentari yang terbit dan terbenam
dan bulan yang mengambang dan hilang
sedang ombak di pantai terus menghempas
dan pepasiran menerima dengan rela
bukankah nafas mu, jantung mu masih seperti 45 tahun dulu?
sungguh, jika dunia ini tidak pernah bosan dengan mu
mengapa begitu berani dan carut lidah mu yang tidak bertulang
mengatakan bosan kepada Tuhan dan SunnahNya yang sempurna..?

aduh! kiranya aku masih menjadi mangsa kedangkalan iman...

No comments:

Post a Comment